Menu
Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Kekebalan dan laranganAnggota-anggota DPR tidak boleh didakwa di mahkamah atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPR, baik secara lisan mahupun secara bertulis, asalkan ia tidak bertentangan dengan Peraturan Tata Tertib dan kod etika lembaga masing-masing. Kekebalan tersebut tidak merangkumi keadaan-keadaan yang mana seseorang anggota mengumumkan maklumat-maklumat yang telah diberikan dalam sidang tertutup yang harus dirahsiakan atau hal-hal yang lain yang mendedahkan rahsia negara.
Ahli-ahli DPR tidak boleh merangkap sebarang jawatan negara yang lain, termasuk juga jawatan dalam badan kehakiman, perkhidmatan awam, Tentera Nasional Indonesia atau Polis Republik Indonesia, dan Badan Usaha Milik Negara/Daerah (BUMN/BUMD), serta juga badan-badan yang lain yang berkait dengan Belanjawan Negara/Daerah (APBN/APBD).
Anggota-anggota DPR juga tidak boleh bertugas sebagai pengarah lembaga pendidikan swasta, akauntan awam, perunding, peguam bela atau peguam cara, notari, dan pengamal perubatan, serta juga pekerjaan-pekerjaan yang lain yang berkaitan dengan tugas, bidang kuasa, dan hak mereka sebagai anggota DPR.
Jika anggota DPR diduga melakukan jenayah, pemanggilan, permintaan keterangan, atau penyiasatannya harus mendapat persetujuan tertulis daripada Presiden. Ketentuan ini tidak melibatkan keadaan apabila anggota DPR tertangkap tangan menerima rasuah atau melakukan terorisme.
Menu
Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Kekebalan dan laranganBerkaitan
Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Negeri Selangor Dewan Negeri Perak Dewan Undangan Negeri di Malaysia Dewan Rakyat Malaysia Dewan Undangan Negeri Sembilan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Dewan Negeri Johor Dewan Rakyat United Kingdom Dewan Undangan Negeri SabahRujukan
WikiPedia: Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia https://www.dpr.go.id/ https://www.dpr.go.id/en http://prpm.dbp.gov.my/ http://translate.google.com/translate?u=https://en... https://www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%2... https://www.google.com/search?tbm=nws&q=%22Dewan+P... https://www.google.com/search?&q=%22Dewan+Perwakil... https://www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Dewan... https://scholar.google.com/scholar?q=%22Dewan+Perw... https://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%...